Thursday, May 14, 2009

Aku dalam dilema...

Sebagaimana yang aku jangkakan..Kursus Lanjutan yang tertunda pada minggu lalu akan diadakan pada hujung minggu ini (16-17 Mei 2009). Tapi malangnya aku ada hal pada hari sabtu tersebut. Hari Ahad aku memang free sebab memang hendak ke sana kerana menghadiri jemputan perkahwinan kawan sebaya, sekampung dan sekelas yang telah lama terputus hubungan. Kira-kira 23 tahun lamanya. Itupun kebetulan jumpa semasa aku berkursus gunting rambut. Rumah dia kat belakang kolej nie je. Dia dah nak menantu, anak aku baru 12 tahun. Mana taknya, dia pas SPM ; belum keluar result periksa terus kahwin (kawan aku nie pompuan). Apalagi masa jumpe tu...berceritalah kisah-kisah zaman persekolahan. Nostalgia dan retro sangat. Yang pastinya, Rashid Sibir (Pengarah terkenal) tu...adalah rakan sekelas kami. Rashid Sibir jadi Ketua Darjah. Kawan aku nie, si Normila jadi Penolong Ketua Darjah. Rashid Sibir duduk belakang aku je. Tapi dia memang terror dalam subjek Bahasa Inggeris Sori ye...tercerita pasal kisah-kisah lama. Berbalik kisah aku, nie...aku memang dalam dilema.

No comments:

Post a Comment