Wednesday, April 14, 2010

Tunjuk Ajarku Sifu Boy

Salam 1Malaysia. Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kerana sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Lagpun aku telahpun menamatkan kursus gunting rambut (lanjutan). Jadi sememangnya aku tidak mempunyai sebarang bahan yang berkaitan dengan gunting rambut tu. Malah rakan-rakan yang sama berkursus dulu pun menyepi entah kemana. Mudah-mudahan mereka semua masih lagi menggunting rambut walaupun satu kepala sebulan macam juga aku.  Sayang dan amat rugi sekali kerana kemahiran yang telah diperolehi akan pudar dimamah waktu jika tidak dipraktikkan. Sebenarnya aku menggunting rambut pun nak hilangkan gian. Aku pun pelik...bila kita dah tau menggunting, ada masa dan ketika kita tetap nak menggunting rambut orang. Pernah dulu aku siap 'offer' pada budak2 sekolah, mana yang rambut agak panjang leh gunting rambut dengan aku. Free je....Kini aku dah ada pelanggan tetap. Setakat nie dua orang je.Itupun anak jiran aku. Sape yang tak mau...aku kenakan bayaran RM3 untuk dua orang. Biasanya emak diaorang berbelanja RM20 untuk gunting rambut. Kira mereka dah jimat RM17. Aku tak kisah itu semua yang penting aku dapat kepala. Sedap betul main kepala nie...

Berbalik dengan kisah blog ini. Pernah satu ketika dulu aku dihubungi oleh seseorang yang berminat untuk belajar gunting rambut lelaki. Dan yang terbaru aku menerima maklum balas dari seseorang yang ingin belajar gunting rambut. Terima kasih dan tahniah kerana kalian perihatin dan bersemangat. Aku doakan kalian dapat apa yang kalian hajatkan.