Monday, April 20, 2009

Hari Pertama Berkursus

Sabtu, 4 April - Awal pagi aku telah bangun. Pagi ini aku begitu bersemangat sekali. Apatidaknya kerana hari ini aku berpeluang belajar gunting rambut. Aku dan isteri serta anakku, Harrith bertolak dari rumah pada pukul 8:30 pagi. Aku memandu kereta ke Felda Tebrau. Di sana aku membawa bersama Cikgu Rahim dan juga Luqman. Selepas itu kami berlima terus menuju ke Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara. Perjalanan kami sungguh lancar seolah-olah merestui niat kami.

Setibanya di sana kami terus mendaftarkan diri di kaunter urusetia. Kami sungguh gembira kerana di kolej ini terdapat beberapa orang lagi rakan peserta yang sedang menunggu. Kira memang kursus ini "on". Bukan apa, aku bimbang peserta tak cukup maka kursus tersebut akan dibatalkan.

Setelah pendaftaran, kami pun masuk ke bilik kursus. Maka bermulalah episod 11 orang peserta kursus pendek gunting rambut lelaki. Alhamdulilah dan tahniah kerana menurut Penyelaras Kursus, kumpulan kami merupakan kumpulan yang paling ramai peserta dan kesemuanya lelaki. Ini menurut beliau, merupakan sejarah dalam kursus-kursus sebelumnya.

No comments:

Post a Comment