Thursday, May 14, 2009

Aku dalam dilema...

Sebagaimana yang aku jangkakan..Kursus Lanjutan yang tertunda pada minggu lalu akan diadakan pada hujung minggu ini (16-17 Mei 2009). Tapi malangnya aku ada hal pada hari sabtu tersebut. Hari Ahad aku memang free sebab memang hendak ke sana kerana menghadiri jemputan perkahwinan kawan sebaya, sekampung dan sekelas yang telah lama terputus hubungan. Kira-kira 23 tahun lamanya. Itupun kebetulan jumpa semasa aku berkursus gunting rambut. Rumah dia kat belakang kolej nie je. Dia dah nak menantu, anak aku baru 12 tahun. Mana taknya, dia pas SPM ; belum keluar result periksa terus kahwin (kawan aku nie pompuan). Apalagi masa jumpe tu...berceritalah kisah-kisah zaman persekolahan. Nostalgia dan retro sangat. Yang pastinya, Rashid Sibir (Pengarah terkenal) tu...adalah rakan sekelas kami. Rashid Sibir jadi Ketua Darjah. Kawan aku nie, si Normila jadi Penolong Ketua Darjah. Rashid Sibir duduk belakang aku je. Tapi dia memang terror dalam subjek Bahasa Inggeris Sori ye...tercerita pasal kisah-kisah lama. Berbalik kisah aku, nie...aku memang dalam dilema.

Wednesday, May 13, 2009

Kecewa - Kursus Ditangguhkan

Pada 6hb aku menerima panggilan telefon daripada pihak Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara berkenaan dengan kursus gunting rambut ke-2. Pekara ini memang aku nanti-nantikan, bukan apa...sebenarnya aku berminat sangat nak menuntut ilmu dengan Boy. Malangnya pada hari kursus (masa tu baru nak bertolak dari rumah) aku mendapat makluman, kursus tersebut terpakasa di tangguhkan.. Frust jugak lar...sebab minggu tersebut aku memang free. Keduanya, aku nak sangat jumpa sifu (boy). Harap-harap lepas nie aku masih berpeluang untuk mengikuti kursus gunting rambut ke-2.

Tuesday, May 5, 2009

Kawan-kawan kat mane nak gi gunting rambut nie....

Pergh...payahnya nak cari kedai gunting rambut . Rambut aku dah panjang nie..Kalau dibiarkan lama-lama jadi pontianak lak.Kalau nak bawa berjalan-jalan, kawan-kawan gerakkan kursor pada gambar penguin tu...he he he.