Wednesday, April 22, 2009

Borang Keahlian

Bagi tujuan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat, semua rakan diminta mengisi borang di bawah ini.

Borang

Tuesday, April 21, 2009

Senarai nama geng-geng peserta gunting rambut

Mungkin ada di antara kita yang ingin menghubungi rakan-rakan peserta kursus. Berikut adalah senarai nama peserta Kursus Pendek Gunting Rambut Lelaki
Pada 4-5 April 2009 di Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara
Taman Anggerik Tenggara,
81440 Bandar Tenggara, Johor

Penyelaras :Pn.Aslinda bt Mohd. Noor (07-8961361)

Pengajar/Sifu :Boy (016-7318417)

Abd Rahman bin Rabu (013-7833556)

Abd.Rahim bin Ahmad (013-7057520)

Abd. Halim bin Omar(017-7190071)

Muhd.Zaki bin Samsudin(017-7369141)

Muhd Luqman bin Nazir(017-7762790)

Mohd Mahathir bin Rohani(017-7378993)

Saidin bin Ahmad(019-7920075)

Amir bin Mohamad Saleh(014-2782910)

Shammizan bin Buang(017-7608905)

Shamsudin bin Buang(013-7164501)

Azroy(017-7873529)

Monday, April 20, 2009

Hari Pertama Berkursus

Sabtu, 4 April - Awal pagi aku telah bangun. Pagi ini aku begitu bersemangat sekali. Apatidaknya kerana hari ini aku berpeluang belajar gunting rambut. Aku dan isteri serta anakku, Harrith bertolak dari rumah pada pukul 8:30 pagi. Aku memandu kereta ke Felda Tebrau. Di sana aku membawa bersama Cikgu Rahim dan juga Luqman. Selepas itu kami berlima terus menuju ke Kolej Komuniti Cawangan Bandar Tenggara. Perjalanan kami sungguh lancar seolah-olah merestui niat kami.

Setibanya di sana kami terus mendaftarkan diri di kaunter urusetia. Kami sungguh gembira kerana di kolej ini terdapat beberapa orang lagi rakan peserta yang sedang menunggu. Kira memang kursus ini "on". Bukan apa, aku bimbang peserta tak cukup maka kursus tersebut akan dibatalkan.

Setelah pendaftaran, kami pun masuk ke bilik kursus. Maka bermulalah episod 11 orang peserta kursus pendek gunting rambut lelaki. Alhamdulilah dan tahniah kerana menurut Penyelaras Kursus, kumpulan kami merupakan kumpulan yang paling ramai peserta dan kesemuanya lelaki. Ini menurut beliau, merupakan sejarah dalam kursus-kursus sebelumnya.

Sunday, April 19, 2009

Langkah Pertama


Hari ini merupakan hari yang bersejarah buatku kerana aku berjaya membuat blog untuk kursus pendek gunting rambut lelaki yang diadakan di Kolej Komuniti Bandar Tenggara pada 4hb-5hb April 2009. Kursus ini memang telah lama aku nantikan. Bagi rakan-rakan sekursus sekiranya melewati blog ini, anda semua dipelawa untuk memeriahkan lagi blog ini. Kalau tidak kita siapa lagi. Semoga ikatan kita terus berkekalan walaupun sudah tamat berkursus. Sekian, salam hormat daripada saya.